Tuesday, April 28, 2009
Balik Bercuti
The Next Planning...
Alhamdulillah.....,itu saja ungkapan yang dapat aku luahkan atas segala nikmat yang Allah kurniakan.Hari ini,aku telahpun selesai dan Insyallah telahpun menamatkan pengajian Diploma ku di UMP ini.Subjek yang terakhir dan baru sahaja aku ambil seketika tadi adalah merupakan subjek Elementary Statistik,yang dikendalikan oleh Pn.Norazaliza .
Namun,aku tidak berhenti di sini sahaja.Bermula pada Isnin minggu hadapan,aku akan mengikuti pula Program Pentauliahan Profesional (3P) yang dianjur dan diselaraskan oleh Prestariang System.Aku mengambil kursus Microsoft Certified Profesional Developer( MCPD ASP.NET) sehingga 12 Jun yang akan datang.Walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti ku,namun ini lah peluang yang terbaik untuk aku menambahkan lagi pengetahuan aku dalam bidang sains komputer ini.
Setelah tamat kursus 3P ini,aku kemudiannya akan menunggu keputusan untuk kemasukan IPTA sesi 2009/2010.Samada aku akan meneruskan pengajian ku di UMP ataupun rezeki aku terletak di Universiti lain,aku tetap terima apa sahaja keputusannya.Setiap keputusan itu ada hikmahnya.:)
Antara modul-modul ASP.NET yang akan aku pelajari semasa kursus nanti.
Friday, April 24, 2009
Mana Milik Kita
Tersentuh hati apabila mendengar lagu Mana Milik Kita daripada Album Rabbani Nostalgia Nada Murni.Mana-mana kawan-kawan yang nak dengar lagu ni,boleh request k. syarmil@yahoo.com.my atau skype “abangfairul”.Aku hari ni baru sahaja selesai mentelaah beberapa Chapter untuk Exam pada hari Isnin ini iaitu subject Network Programming.Sambil-sambil membuat revision,aku ditemani dengan alunan lagu-lagu ketuhanan dan padat dengan isi oleh kumpulan Rabbani.Dan ,akhirnya aku tersentuh dengan lagu Mana Milik Kita…………..
BEST | PENUH DENGAN KEINSAFAN | ALUNAN MELODI YANG INDAH……
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
Thursday, April 23, 2009
[Google]:New Product-Similar Images
Hello everyone.Today,I'm gonna share with all of you a new product from Google which is called Similar Images.This is the new search technology that is developed by the Google.Similar Images allows you to search for images using pictures rather than
words. Click the "Similar images" link under an image to find other images that look like it
With this technology,what I can say is I'm totally obsessed with all new product that is developed by the Google.Hopefully,I can share all the information about the Google to you.Below is the screen-shot about this product.If you want to try it yourself,just click here.
The example above is when we want to search about the earth images,so the Google will search only the similar images of earth.
Its Cool!....Go Google...!!
UNIVERSITI,MENGAJAR ERTI SEBUAH KEHIDUPAN SEMPURNA
Assalammualaikum w.b.t dan salam perkenalan…., Alhamdulillah, segalanya atas kurniaan Allah segala kenikmatan yang aku rasai pada hari ini.
Dalam masa beberapa minggu lagi, aku akan menghadapi saat-saat akhir pengajian di UMP ini dalam bidang Diploma Sains Komputer.Pada masa yang sama, minggu ini aku perlu menyiapkan Projek Tahun Akhir aku yang memasuki fasa terakhir.Walaupun diuji dengan banyak masa terluang,aku dan sahabat-sahabatku juga tidak telepas dari perasaan MALAS untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan.
Di pagi ini,aku mula memikirkan setiap semester yang telah aku lalui sejak 2006 di Universiti ini.Terlalu banyak rasanya tempat ini mengajarku erti kehidupan.Ada masa naik,ada masa turun.Ada kala menang,ada kala tewas.
Semasa aku mula melangkah ke alam Universiti,aku nekad untuk melakukan perubahan pada diri aku.Aku mula belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat,mula mentelaah erti pengurusan,dan akhirnya aku mula mengerti apa itu politik. Aku akhirnya cuba untuk membina keyakinan diri aku ke tahap yang lebih bagus daripada biasa.Namun,aku akui perkara itu agak sukar,tp memerlukan usaha yang berterusan.Dengan pelbagai latihan seperti Presentation di dalam kelas,aku akui masih ramai lagi yang kurang untuk menguasai cara-cara berkomunikasi dengan baik di hadapan audience,termasuk lah diri aku.Perasaan gemuruh,rendah diri,takut dikritik menjadi penhalang kepada persediaan kita untuk menyampaikan mesej ataupun maklumat dengan sempurna.
DIDIKAN AGAMA
Di university ini juga,aku mula mempelajari ilmu-ilmu Agama Islam.Aku akui memang diri ini terlalu banyak kekurangan ilmu dalam bidang agama,tetapi aku juga tidak ingin berterusan untuk terus terlalu jauh dari nikmat yang terlalu besar ini iaitu nikmat ISLAM dan IMAN.Tetapi,apabila persekitaran berubah,aku juga akui kadang-kadang aku terlepas pandang hukum hakam agama.Diri ini juga kerap kali tidak dapat menjaga diri dan tetap tewas.Semoga Allah terus memberikan hidayah kepada aku.Ya Allah,aku tidak ingin semakin jauh dari agamaMu.
AKTIF BERPERSATUAN
Di sini,aku juga ingin berkongsi pengalaman kepada mana-mana sahabat ataupun pengunjung terutama sekali kepada adik-adik yang baru memasuki alam Universiti ini.Pada semester 2,aku mula aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar.Kelab pertama yang aku masuk adalah KELAB IN-SMARTIVE.Dan hasilnya,Alhamdulillah.Melalui Kelab ini,aku mula berkeyakinan bahawa setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang masing-masing.Sekadar perkongsian,apabila kita melangkah ke alam Universiti, carilah segala peluang yang ada untuk kita meningkatkan ilmu akademik kita,ataupun meningkatkan value-added(soft skill,communication skills,leadership) kita.Jangan sempitkan pemikiran kita dengan pembelajaran di dalam bilik kuliah sahaja.
(IN-SMARTIVE) = “Intelligence,Smart and Creative”
BINA KEYAKINAN DIRI
Tahun 2008 juga banyak meninggalkan aku dengan pengalaman manis dan pahit,suka dan duka.Pada 28 Jun 2008, aku mula merantau ke Eropah atas tiket PBSMK,lawatan sambil belajar ke Jerman.Terima kasih kepada Mdm Zuraina,(ex Ketua Program Bahasa Asing PBMSK),kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi sebahagian daripada secretariat eksklusif ini.Tapi,perkara pokok yang ingin diceritakan ini adalah tentang keyakinan diri.Pada mulanya,aku merasakan adalah mustahil untuk aku (pelajar Diploma) menjadi sebahagian daripada kumpulan penyelidik ini,sedangkan aku kena bersaing dengan calon-calon daripada pelajar-pelajar ijazah.Tetapi, ini sebenarnya bukan menjadi ukuran.Keyakinan diri kita untuk menyumbang kepada kumpulan ini,dan juga keyakinan kita menjawab segala soalan temuduga,akhirnya akan membuahkan hasilnya.Percayalah!.CONFIDENCE is the key to success,tp usaha juga perlu dilakukan.