Assalammualaikum w.b.t dan salam perkenalan…., Alhamdulillah, segalanya atas kurniaan Allah segala kenikmatan yang aku rasai pada hari ini.
Dalam masa beberapa minggu lagi, aku akan menghadapi saat-saat akhir pengajian di UMP ini dalam bidang Diploma Sains Komputer.Pada masa yang sama, minggu ini aku perlu menyiapkan Projek Tahun Akhir aku yang memasuki fasa terakhir.Walaupun diuji dengan banyak masa terluang,aku dan sahabat-sahabatku juga tidak telepas dari perasaan MALAS untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan.
Di pagi ini,aku mula memikirkan setiap semester yang telah aku lalui sejak 2006 di Universiti ini.Terlalu banyak rasanya tempat ini mengajarku erti kehidupan.Ada masa naik,ada masa turun.Ada kala menang,ada kala tewas.
Semasa aku mula melangkah ke alam Universiti,aku nekad untuk melakukan perubahan pada diri aku.Aku mula belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat,mula mentelaah erti pengurusan,dan akhirnya aku mula mengerti apa itu politik. Aku akhirnya cuba untuk membina keyakinan diri aku ke tahap yang lebih bagus daripada biasa.Namun,aku akui perkara itu agak sukar,tp memerlukan usaha yang berterusan.Dengan pelbagai latihan seperti Presentation di dalam kelas,aku akui masih ramai lagi yang kurang untuk menguasai cara-cara berkomunikasi dengan baik di hadapan audience,termasuk lah diri aku.Perasaan gemuruh,rendah diri,takut dikritik menjadi penhalang kepada persediaan kita untuk menyampaikan mesej ataupun maklumat dengan sempurna.
DIDIKAN AGAMA
Di university ini juga,aku mula mempelajari ilmu-ilmu Agama Islam.Aku akui memang diri ini terlalu banyak kekurangan ilmu dalam bidang agama,tetapi aku juga tidak ingin berterusan untuk terus terlalu jauh dari nikmat yang terlalu besar ini iaitu nikmat ISLAM dan IMAN.Tetapi,apabila persekitaran berubah,aku juga akui kadang-kadang aku terlepas pandang hukum hakam agama.Diri ini juga kerap kali tidak dapat menjaga diri dan tetap tewas.Semoga Allah terus memberikan hidayah kepada aku.Ya Allah,aku tidak ingin semakin jauh dari agamaMu.
AKTIF BERPERSATUAN
Di sini,aku juga ingin berkongsi pengalaman kepada mana-mana sahabat ataupun pengunjung terutama sekali kepada adik-adik yang baru memasuki alam Universiti ini.Pada semester 2,aku mula aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar.Kelab pertama yang aku masuk adalah KELAB IN-SMARTIVE.Dan hasilnya,Alhamdulillah.Melalui Kelab ini,aku mula berkeyakinan bahawa setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang masing-masing.Sekadar perkongsian,apabila kita melangkah ke alam Universiti, carilah segala peluang yang ada untuk kita meningkatkan ilmu akademik kita,ataupun meningkatkan value-added(soft skill,communication skills,leadership) kita.Jangan sempitkan pemikiran kita dengan pembelajaran di dalam bilik kuliah sahaja.
(IN-SMARTIVE) = “Intelligence,Smart and Creative”
BINA KEYAKINAN DIRI
Tahun 2008 juga banyak meninggalkan aku dengan pengalaman manis dan pahit,suka dan duka.Pada 28 Jun 2008, aku mula merantau ke Eropah atas tiket PBSMK,lawatan sambil belajar ke Jerman.Terima kasih kepada Mdm Zuraina,(ex Ketua Program Bahasa Asing PBMSK),kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi sebahagian daripada secretariat eksklusif ini.Tapi,perkara pokok yang ingin diceritakan ini adalah tentang keyakinan diri.Pada mulanya,aku merasakan adalah mustahil untuk aku (pelajar Diploma) menjadi sebahagian daripada kumpulan penyelidik ini,sedangkan aku kena bersaing dengan calon-calon daripada pelajar-pelajar ijazah.Tetapi, ini sebenarnya bukan menjadi ukuran.Keyakinan diri kita untuk menyumbang kepada kumpulan ini,dan juga keyakinan kita menjawab segala soalan temuduga,akhirnya akan membuahkan hasilnya.Percayalah!.CONFIDENCE is the key to success,tp usaha juga perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment