Tuesday, April 28, 2009

The Next Planning...

Alhamdulillah.....,itu saja ungkapan yang dapat aku luahkan atas segala  nikmat yang Allah kurniakan.Hari ini,aku telahpun selesai  dan Insyallah telahpun menamatkan pengajian Diploma ku di UMP ini.Subjek yang terakhir dan baru sahaja aku ambil seketika tadi adalah merupakan subjek  Elementary Statistik,yang dikendalikan oleh Pn.Norazaliza .

 

Namun,aku tidak berhenti di sini sahaja.Bermula pada Isnin minggu hadapan,aku akan mengikuti pula  Program Pentauliahan Profesional (3P) yang dianjur dan diselaraskan oleh Prestariang System.Aku mengambil kursus Microsoft Certified Profesional Developer( MCPD ASP.NET) sehingga 12 Jun yang akan datang.Walaupun terpaksa mengorbankan masa cuti ku,namun ini lah peluang yang terbaik untuk aku menambahkan lagi pengetahuan aku dalam bidang sains komputer ini.

Setelah tamat kursus 3P ini,aku kemudiannya akan menunggu keputusan untuk kemasukan  IPTA sesi 2009/2010.Samada aku akan meneruskan pengajian ku di UMP ataupun rezeki aku terletak di Universiti lain,aku tetap terima apa sahaja keputusannya.Setiap keputusan itu ada hikmahnya.:)

Capture.JPG

Antara modul-modul ASP.NET yang akan aku pelajari semasa kursus nanti.

 

Capture2.JPG

 

 

Blogged with the Flock Browser

No comments: