Akhirnya Firefox sudah menemui pencabarnya. Memang sukar dipercayai tetapi secara jujurnya aku memang sudah muak mendengar perlawanan di antara Firefox dan Internet Explorer sahaja. Aku mahukan sesuatu yang baru dan akhirnya lahirlah pencabar baru bagi Firefox. Google Chrome.
Google Chrome baru sahaja dilancarkan semalam (02-09-2008) dan boleh melihat update terbaru mengenai software browser terbaru ini dihttp://www.google.com/chrome.
Ingin ditegaskan disini, kami di GYLUMTEAM merupakan pengguna Firefox dan browser lain (termasuk Chrome) ataupaun apa-apa sahaja browser yang terdapat di dunia ini asalkan ianya bukan Internet Explorer. HINDARINYA! Disebabkan Internet Explorer memang merupakan browser yang tidak berguna dan sering kali dikutuk dicaci di atas ketidaksempurnaanya, tidak perlulah lagi kami di sini menambah lagi sifat negatifnya. Kami disini dengan bangganya akan menulis sedikit sebanyak mengenai Google Chrome, mengenai kelebihannya, perbezaannya dan juga mungkin sedikit mengenai kekurangannya.
Google merupakan syarikat yang teramat-amat tidak asing lagi di mata para pengguna internet. Mereka syarikat yang amat ternama, terkenal dengan kekayaan mereka, terkanal dengan kuasa pengiklanan dan marketing, terkenal dengan keupayaan mereka….dan yang paling tidak asing lagi ialah terkenal dengan search engine mereka (www.google.com). Ini merupakan titik tolak kepada kejayaan mereka sekarang sehinggalah apa yang kita lihat sekarang seperti YouTube yang menjadi hak milik mereka. Tidak cukup dengan pembelian Youtube, mereka memperkenalkan pula program pengiklanan mereka, adwords dan adsense. Jika dikira dengan betul, tahap keuntungan mereka adalah tidak terkira!!
*gylumteam sudah melabur sebanyak rm50 untuk adwords dari google dan ia berjalan lancar dan memuaskan!!
Akhirnya…segala khabar angin tidak lagi menjadi angin semata-mata, ia telah menjadi realiti dengan kelahiran internet browser dari Google sendiri. Google Chrome.
Browser ini adalah amat ringan dan menjanjikan pengalaman berinternet dengan lebih laju dan selamat. Chrome juga menggunakan enjin baru bagi berinteraksi dengan penggunaan Javascript code, dubbed V8 yang katanya telah direka untuk aplikasi generasi masa hadapan! Memang hebat geng Google ni, masa depan pun da macam boley agak je..hahahaha. Walaupun dijangka boleh mencabar Firefox dan Safari, namun team Google Chrome sendiri telah sama-sama beroperasi dengan mereka dalam pembikinan Google Chrome. Jadi, tidak hairanlah Google Chrome adalah Open Source Software kerana kita sendiri tahu semua orang sukakan benda percuma!
Perbezaan Firefox dan Chrome
- Tiadanya menu bar didalam chrome (hanya digantikan dengan 2 button control panel dan costumize di dalam browser)
- Tab menggantikan title bar dan di sebelah atas (berbanding Firefox yang di sebelah dalam browser)
- Tiadanya progress bar dibawah (chrome menggunakan konsep fade untuk progress bar mereka)
- Adanya fungsi speed dial bagi new-tab (fungsi ini terdapat di dalam Opera tetapi tiada di dalam Firefox)
- Lebih stabil dan agak sama kelajuannya dengan Firefox selepas dicuba oleh kami sendiri.
- Chrome hanya bagi pengguna Windows sahaja buat masa ini (Firefox sudah pun boleh diguna di OS yang lain)
- Task Manager bagi setiap tab di Chrome (kawal dan lihat penggunaan setiap tab - tidak terdapat di dalam Firefox)
- Adanya mode ‘INVINSIBLE’ (incognito) bagi pengguna Chrome (layari internet dengan selamat kerana tiada sikit pun maklumat semasa berinternet akan disimpan di dalam komputer ketika menggunakan mod ini, bagaikan mod selamat - sering disalah tafsirkan sebagai mod porno)
Bagi kami ini adalah titik tolak terbesar bagi Google dan juga kepada seluruh dunia internet. Pastinya browser-browser yang sedia ada akan menerima saingan yang hebat dan juga menerima tempias daripada kelahiran yang hebat ini. Dan juga…konfem INTERNET EXPLORER bungkus!!…hahahah
thanks http://www.gylumteam.com/
No comments:
Post a Comment